My Add

Saturday 24 August 2013

29 maut, 360 cedera serangan bom di masjid Tripoli

 *PENDUDUK berkumpul di sekitar kawah yang disebabkan letupan di luar masjid di Tripoli, hari ini. Dua letupan di luar dua masjid berlainan ini membunuh sekurang-kurangnya 27 orang dan beratus-ratus lagi cedera. - Foto Reuters
TRIPOLI, SABTU, 24 Ogos, 2013: Dua bom kereta berkempar di luar masjid di Tripoli, utara Lubnan awal hari ini menyebabkan 29 orang maut manakala lebih 360 lagi cedera.

Klip video yang disiarkan stesen televisyen menunjukkan asap hitam tebal kelihatan di bandar berkenaan dengan mayat bergelimpangan di kereta yang terbakar.

Ia seolah-olah gambaran ketika perang saudara di Lubnan yang berakhir pada 1990.

Serangan pada Jumaat itu adalah serangan bom yang kedua dalam masa seminggu.

Ia adalah serangan bom terkuat dan paling berdarah di Tripoli sejak berakhirnya perang saudara sebelum ini.

Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu. - AP/BH

No comments:

Post a Comment