My Add

Thursday, 15 August 2013

500 orang berhimpun di KL kecam pembunuhan di Mesir

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR,  KHAMIS, 15 Ogos, 2013: Lebih 500 orang mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Kedutaan Mesir di sini bagi mengecam tindakan pasukan keselamatan negara itu membunuh penunjuk perasaan pro-bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi.

Dengan laungan 'Allahu Akbar' serta membawa poster bertulis seperti Stop the killing, return back peoples choice dan 'Hidup Morsi' bagi menyokong Morsi, kumpulan itu berarak ke Kedutaan Mesir.

Demonstrasi yang diadakan kira-kira pukul 2 petang itu merupakan anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia.

Kumpulan yang memulakan perarakan dari Pusat Beli-belah Ampang Point itu kemudian turut menyerahkan memorandum bantahan yang disampaikan kepada wakil kedutaan tersebut. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment