My Add

Tuesday 20 August 2013

Ambil tindakan henti keganasan di Mesir - NGO

Oleh HUSSAINI AMRAN

 *WAN Muhammad Datuk Sheikh Abdul Aziz (kiri sekali) pada sidang akhbar berhubung isu terkini Mesir di Pertubuhan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan), Bandar Baru Bangi, Selangor hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Ogos, 2013: Gabungan NGO Humaniti Malaysia (Humaniti) mendesak masyarakat dunia khususnya negara-negara Islam mengambil tindakan ke atas rejim tentera Mesir dan sekutunya ekoran jenayah kemanusiaan yang dilakukan di negara itu.

Pengerusinya, Datuk Wan Mohammad Abd. Aziz berkata, seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum atau agama perlu bersatu untuk mengembalikan keamanan dan membanteras kezaliman di Mesir.

"Humaniti mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam dan tidak berperkemanusiaan ke atas rakyat Mesir dalam serangan besar-besaran rejim tentera dan sekutunya yang jelas telah melanggar hak asasi manusia," katanya dalam sidang akhbar di Bangi dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment