My Add

Friday 23 August 2013

Assad rombak Kabinet Syria

DAMSYIK, JUMAAT,, 23 Ogos, 2013: Presiden Syria, Bashar al-Assad mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik enam menteri baru, demikian lapor agensi berita SANA hari ini.

Rombakan Kabinet itu dikatakan untuk memberi tumpuan kepada barisan yang menduduki portfolio ekonomi negara itu.

Assad mengantikan menteri yang bertanggungjawab dalam ekonomi dan perdagangan luar, perdagangan dalam negeri, pendidikan tinggi, pelancongan dan melantik seorang menteri tanpa portfolio. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment