My Add

Wednesday 21 August 2013

Bekas Ketua Puteri nak rebut kerusi Exco Wanita

 Noraini Ahmad
BATU PAHAT, SELASA,, 20 Ogos, 2013: Bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad menawarkan diri untuk bertanding kerusi Exco Wanita pada pemilihan Oktober ini sebagai usaha meneruskan khidmatnya kepada UMNO.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata, hasratnya bertanding bukan bertujuan mencabar individu tertentu dan keputusan muktamad akan ditentukan pada hari pendaftaran calon kelak.

sebaliknya untuk meneruskan khidmat kepada parti keramat berkenaan.

"Setakat ini saya hanya menawarkan diri untuk bertanding sebagai Exco Wanita di peringkat pusat, bagi peringkat Perhubungan UMNO negeri saya tidak mempunyai apa-apa cadangan lagi.

"Keputusan untuk bertanding sebagai Exco Wanita selepas memikirkan keadah untuk memberikan sumbangan kepada parti, ini juga tidak dipengaruhi oleh sesiapa," kata bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu ketika ditemui di sini.

Ketika ditanya sama ada tindakan untuk bertanding dalam Wanita UMNO kali ini merupakan agenda kumpulan bekas Puteri UMNO, beliau berkata, khabar angin itu hanya spekulasi bagi menjejaskan proses demokrasi dalam parti tersebut.

"Setiap ahli mempunyai hak masing-masing untuk bertanding, mereka boleh daftar dan bertanding untuk mana-mana jawatan manakala keputusannya akan ditentukan oleh akar umbi yang akan mengundi," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment