My Add

Sunday 25 August 2013

Buku Kedudukan Pemimpin Dalam Islam dilancar

KUBANG PASU, SABTU, 24 Ogos, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan buku Kedudukan Pemimpin Dalam Islam yang antara lain membicarakan mengenai kedudukan pemimpin dan peranan rakyat.

Buku setebal 153 muka surat yang dicetak oleh Koperasi As Sofa itu dilancarkan sempena perasmian Hari Koperasi Negara 2013 di Dataran Darul Aman, Bandar Darul Aman di sini.

Buku hasil tulisan Pengerusi Akidah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Fuad Kamaludin berkenaan menggarapkan senario yang berlaku di beberapa negara Islam apabila sejarah banyak merakamkan isu-isu penentangan dan penggulingan kerajaan akibat tidak berpuas hati terhadap pemimpin.

Turut dipaparkan beberapa bicara cendekiawan dalam menangani masalah berkenaan dengan menjelaskan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan dan tindakan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment