My Add

Tuesday 20 August 2013

Chang Yeow timbang tanding Pengerusi Gerakan PP

GEORGE TOWN, ISNN, 19 Ogos,,2013: Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mempertimbangkan untuk bertanding jawatan presiden Gerakan negeri.

Teng, 50, yang melepaskan semua jawatannya dalam parti pada Mei lepas, berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan pengerusi Gerakan negeri sekarang, Datuk Dr Teng Hock Nan minggu ini.

"Tugas kami sekarang adalah untuk memperkukuhkan parti dan saya akan bertemu Dr. Teng untuk membincangkan perkara itu (sama ada untuk bertanding) sebelum membuat apa-apa pengumuman," katanya kepada pemberita selepas mewakili Chan Yeow merasmikan mesyuarat agung tahunan Gerakan bahagian Jelutong di sini malam tadi.

Beliau berharap dalam pemilihan Gerakan akan datang, lebih ramai pemimpin muda berkebolehan akan diberi peluang menerajui parti.

"Kami tidak mahu melihat sebarang persaingan tidak sihat bagi jawatan parti dalam kalangan anggota kerana kami sedang bergerak ke arah politik yang lebih matang," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment