My Add

Thursday 15 August 2013

Curi pakaian menjelang Raya, ibu tiga anak dipenjara sehari

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

PETALING JAYA, KHAMIS, 15 Ogos, 2013: Seorang ibu kepada tiga anak dihukum penjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku mencuri pakaian kanak-kanak yang kesemuanya bernilai RM316 di sebuah pasar raya, minggu lalu.

Majistret Mohd. Nazri Omran turut memerintah Zurinah Alang Ghafor, 33, yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat, dipenjara 14 hari lagi sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa mencuri tiga helai pakaian kanak-kanak jenama Miki dan sehelai seluar jenama Seed di pasar raya AEON Jusco, IOI Mall, Puchong dekat sini kira-kira pukul 4 petang, 7 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment