My Add

Monday 19 August 2013

DAP mungkin tangguh AGM

PULAU PINANG, AHAD, 18 Ogos, 2013: DAP negeri kemungkinan akan menangguhkan mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu akhir tahun ini bagi memberi tumpuan kepada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, keputusan tersebut terpaksa diambil kerana jika diadakan juga, AGM berkemungkinan bertembung dengan pemilihan semula CEC yang akan diadakan November ini.

"Perkara ini akan turut dibincangkan dalam mesyuarat yang akan berlangsung di ibu negara Khamis ini dan kemungkinan besar DAP negeri terpaksa tangguhkan AGM terlebih dahulu," katanya di sini hari ini.

DAP yang kini berada dalam keadaan terumbang-ambing berikutan kemungkinan dibatalkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana CEC Disember 2012 diadakan secara tidak sah dan meragukan sekali gus mendorong ROS mengeluarkan berkenan selepas mendapat aduan dan menjalankan siasatan.

DAP yang pada mulanya berdolak-dalik dan enggan mematuhi arahan berkenaan bagaimanapun akhirnya akur selepas Pengerusinya, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan akan mengadakan semula CEC kira-kira 10 minggu daripada sekarang.

Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan berkenaan.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, partinya juga bersedia mendakwa ROS di mahkamah sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memberi jaminan yang pendaftaran parti itu tidak akan dibatalkan.

Katanya beliau bimbang pendaftaran parti akan dibatalkan jika mencabar arahan ROS untuk DAP mengadakan pemilihan semula CEC.

"Kami tidak mahu ambil sebarang risiko dan berharap Perdana Menteri akan memberi jaminan kepada kami bahawa ROS tidak akan membatalkan pendaftaran parti kami sebelum kami memfailkan tindakan undang-undang terhadap ROS," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment