My Add

Saturday 3 August 2013

Harimau Malaya perlu jumpa lebih banyak skuad negara lain: Khairy

SEREMBAN, SABTU, 03 Ogos, 2013: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran mengatur lebih banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan negara lain, dan bukan yang berstatus kelab bagi menguji kemampuan sebenar Harimau Malaya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, hanya dengan cara itu skuad kebangsaan dapat memperbaiki kelemahan selain memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.

"Kalau mengikut jadual tahun ini ia tidak betul kerana kita banyak bermain menentang dengan kelab yang boleh dikatakan tidak berada pada tahap kualiti tinggi," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sembilan dan media, di sini semalam.

Ketua Pemuda Umno Malaysia itu bagaimanapun bersetuju andai skuad negara diberi pendedahan menentang pasukan kelab yang berkualiti tinggi.

Dalam perkembangan lain, Khairy meminta Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia serta persatuan sukan bekerjasama erat dalam membuat persiapan kontijen negara ke Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember ini.

"Namun buat masa ini kita masih belum membuat keputusan muktamad berhubung sasaran pingat pada temasya sukan ini kerana kita belum memutuskan kontijen kita yang bakal dihantar ke kejohanan tersebut," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment