My Add

Friday 16 August 2013

Hentikan permusuhan di Mesir - Najib

 
* BEBERAPA warga Mesir meratapi pemergian saudara dan rakan-rakan mereka yang terbunuh dalam insiden serangan pasukan keselamatan negara itu ke atas penyokong Mohammed Mursi, di sebuah masjid di Kaherah, semalam. - AFP

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Ogos, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua pihak yang terlibat dalam insiden pertumpahan darah di Kaherah, Mesir semalam agar menghentikan permusuhan dengan serta-merta.

Perdana Menteri berkata, pihak-pihak yang terbabit dalam pertelingkahan itu perlu berusaha ke arah penyelesaian damai.

"Kita bimbang dengan laporan berhubung keganasan terhadap para penunjuk perasaan di Mesir dan meminta pihak berkuasa di negara itu jangan bertindak secara melulu," katanya menerusi akaun Facebook beliau malam tadi.

Pasukan keselamatan Mesir dilaporkan mula menggempur penyokong bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi seawal pukul 7 pagi semalam.

Ikhwanul Muslimin mendakwa, kira-kira 2,200 orang maut manakala lebih 10,000 yang lain cedera dalam operasi yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Mesir di dua kem utama penunjuk perasaan pro-Mursi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment