My Add

Friday 23 August 2013

Irmohizam dilantik Pengerusi LKIM mulai 15 Julai
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 Ogos, 2013: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 15 Julai lepas.

Ketua Pengarah LKIM, Datuk Mohad Khazin Hamzah berkata pelantikan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Irmohizam menggantikan Datuk Mohd Jidin Shafee yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri dan Exco Pelancongan negeri Terengganu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Irmohizam, 37, sebelum ini merupakan pegawai khas kepada perdana menteri dan beberapa menteri lain sebelum bertanding di Parlimen Kuala Selangor atas tiket Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas.

Beliau mengalahkan Pengarah Strategik PAS Pusat Dr Dzulkifly Ahmad. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment