My Add

Monday 5 August 2013

Kadar sumbangan KWSP kekal hingga 60 tahun

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Ogos, 2013: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa bermula Ogos 2013, ahli yang berumur sehingga 60 tahun dan masih bekerja akan terus menerima caruman penuh KWSP sebanyak 12 peratus daripada majikan (atau 13 peratus untuk pekerja yang bergaji bulanan RM5,000 ke bawah) manakala caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Pekerja berumur antara 60 dan 75 perlu mencarum separuh daripada kadar tersebut iaitu 5.5 peratus dan majikan mereka perlu menyumbang pada enam peratus (atau 6.5 peratus untuk pekerja yang bergaji bulanan RM5,000 ke bawah).

"Walaupun terdapat perubahan terhadap umur persaraan dan kadar caruman, Pengeluaran Umur 55 Tahun dan Umur 50 Tahun adalah kekal.

Ahli diberi pilihan untuk mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 pada umur 50 tahun dan membuat pengeluaran penuh pada umur 55 tahun," kata KWSP dalam saru kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, ahli dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan semua simpanan mereka secara sekali gus pada umur 55 tahun tetapi melanjutkan simpanan itu untuk tempoh yang lebih lama dengan memilih Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun di mana ahli boleh memilih mengeluarkan simpanan secara bulanan atau sebahagian.

Maklumat lanjut tentang jadual sumbangan KWSP terbaharu boleh didapati di laman web myEPF www.kwsp.gov.my. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment