My Add

Thursday 22 August 2013

Kontroversi kalimah Allah perlu diselesai - Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah ’Allah’ dalam sebuah akhbar mingguan Katolik, 'The Herald' perlu diselesaikan.

Sehubungan itu, panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin mengarahkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah 'Allah', didengar pada 10 September ini.

Panel hakim yang turut dianggotai Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf itu membuat keputusan berkenaan selepas sebulat suara menolak permohonan Gereja Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan.

Dalam penghakimannya, Abu Samah berkata, bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memfailkan afidavit yang memperjelas bahawa isu penggunaan kalimah 'Allah' bukanlah sebahagian daripada penyelesaian 10 perkara.

"Oleh itu, ia tidak terpakai dalam kes ini. Perkara ini (rayuan) tidak boleh dianggap akademik kerana masih terdapat isu dan kontroversi yang perlu diselesaikan," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment