My Add

Thursday 8 August 2013

Letupan akibat gas bocor bunuh 8 mangsa

 *API marak dilihat memusnahkan sebuah bangunan selepas masalah kebocoran gas menyebabkan satu letupan besar berlaku di Rosario, Argentina kelmarin
ROSARIO, Argentina, RABU, 07 Ogos, 2013:  Satu letupan kuat akibat kebocoran gas telah telah meranapkan sebuah pangsapuri sepuluh tingkat dan menyebabkannya terbakar di sini kelmarin.

Insiden itu mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan maut dan 61 yang lain cedera. Pegawai perbandaran juga menyatakan sekurang-kurangnya 19 orang masih hilang.

Ratusan anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus untuk mencari mangsa yang mungkin terselamat, walaupun risiko bangunan tersebut runtuh amat tinggi.

"Seramai lapan orang maut. Operasi mencari akan diteruskan sepanjang malam. Terdapat 19 orang yang masih hilang," kata Datuk Bandar Rosario, Monica Fein.

Letupan itu meranapkan bahagian hadapan bangunan. Api yang marak juga dapat dilihat dengan jelas dari balkoni. Fein memberitahu sebanyak 17 buah ambulans telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Orang ramai yang berada dalam jarak dua kilometer dari lokasi letupan dipindahkan. Sebanyak 11 buah sekolah turut ditutup dan bekalan gas dipotong.

Pasukan keselamatan menyatakan anggotanya dapat menyelamatkan mangsa menerusi bumbung sebuah pasar raya bersebelahan. - AFP/KOSMO!

No comments:

Post a Comment