My Add

Sunday 25 August 2013

Malaysia gesa PBB siasat penggunaan senjata kimia di Syria

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Ogos, 2013: Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat laporan yangmendakwa wujud penggunaan senjata kimia, yang menyebabkan kematian dan kecederaan di Syria Rabu lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga menyeru pihak yang terbabit agar memberi akses serta pelindungan keselamatan kepada pasukan pakar kimia PBB untuk menjalankan tugas mereka.

"Malaysia amat prihatin terhadap laporan itu dan mengutuk tindakan berkenaan, sekiranya dibuktikan benar.

"Ini kerana ia jelas melanggari undang-undang antarabangsa dan mendesak agar mereka yang bertanggungjawab ke atas tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan ini dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media antarabangsa melaporkan satu serangan yang menggunakan senjata kimia berlaku di daerah Ghouta berdekatan Damsyik pada Rabu lepas, yang menyebabkan kematian beratus rakyat Syria serta mencederakan ramai lagi penduduk. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment