My Add

Sunday 25 August 2013

Mubarak, ketua Ikhwanul Muslimin hadir di mahkamah

KAHERAH, AHAD, 25 Ogos, 2013: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kembali dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian penunjuk perasaan manakala pemimpin
Ikhwanul Muslimin muncul buat kali pertama tetapi atas tuduhan berbeza.

Perbicaraan berbeza di tempat berlainan diadakan pada ketika negara berkenaan masih dicengkam ketegangan selepas dihimpit huru-hara sejak pihak tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi pada 3 Julai lalu.

Mubarak yang meninggalkan penjara untuk menjalani tahanan di rumah minggu ini dijadualkan menghadiri perbicaraan atas tuduhan menyebabkan kematian penunjuk perasaan ketika pergolakan 2011 sehingga memaksa beliau meletak jawatan. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment