My Add

Sunday 25 August 2013

Najib terima kunjungan Setiausaha Pertahanan AS

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Ogos, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel di sini hari ini.

Hagel, diiringi Ketua Staf Mark Lippert dan Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat, Lee McClenney meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama Najib.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Hagel yang tiba di negara ini semalam dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia, sebagai sebahagian daripada program kunjungannya ke empat negara di Asia Tenggara. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment