My Add

Tuesday 27 August 2013

Pembangkang Thailand protes lawatan Tony Blair

BANGKOK, SELASA, 27 Ogos, 2013: Lawatan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair ke Thailand minggu depan dijangka mendapat bantahan daripada beberapa kumpulan pembangkang yang menentang kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Kumpulan itu dijangka menyerahkan surat bantahan kepada kerajaan Britain pagi esok, meminta Blair tidak menyertai siri syarahan khas sehari itu pada 2 September ini.

Syarahan itu bertajuk 'Uniting for the Future: Learning from Each Other's Experience' (Bersatu Untuk Masa Depan: Belajar Daripada Pengalaman Satu Sama Lain).

Blair bersama bekas presiden Finland, Marti Ahtisaari dan Penasihat Kanan Pusat Dialong Kemanusiaan, Pricilla Hayner dijadual menyampaikan ucaptama pada majlis itu. Yingluck dijangka turut hadir.

Berikutan itu, Pejabat Luar United Kingdom (UK) menasihatkan orang ramai agar menangguhkan urusan konsular yang tidak penting di Kedutaan Britain di sini esok berikutan perhimpunan itu yang dijangka bermula 10 pagi.

"Kedutaan akan dibuka kepada orang awam seperti biasa tetapi pengunjung mungkin menghadapi kesulitan," demikian menurut Nasihat Perjalanan ke Thailand yang dikeluarkan oleh pejabat itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment