My Add

Wednesday 14 August 2013

Petisyen Pas ditolak, DUN Selama kekal milik BN

IPOH, SELASA, 13 Ogos, 2013: Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak dengan kos petisyen yang difailkan calon Pas, Mohd. Akmal Kamaruddin untuk mencabar kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Hakim Abdul Rahman Sebli dalam penghakimannya berkata, mahkamah membuat keputusan tersebut kerana Mohd. Akmal selaku pempetisyen gagal mengemukakan permohonan petisyen yang lengkap serta tidak mematuhi Peraturan 4(1)(b) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau turut mengarahkan Mohd. Akmal membayar kos masing-masing RM50,000 kepada responden pertama iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Datuk Mohamad Daud Mohd. Yusoff daripada BN dan responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment