My Add

Monday 26 August 2013

PNB umum agihan pendapatan 6.70 sen seunit untuk ASW2020

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.70 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2013.

Pengagihan pendapatan ini merupakan peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan tahun lepas dan juga yang tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Pengumuman pendapatan ASW 2020 telah diumumkan oleh Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di sini.

Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Tan Sri Hamad Kama Piah.

"Sepanjang tahun kewangan berakhir 30 Ogos, 2013, tabung ASW masih mampu mencapai objektif pelaburannya meskipun pasaran saham dan ekonomi dunia masih lagi mengalami suasana ketidaktentuan pasaran oleh krisis hutang Eropah yang berterusan dan perubahan polisi ekonomi Amerika Syarikat serta kelembapan ekonomi serantau," kata Ahmad Sarji.

Beliau berkata kadar pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM1.062 bilion, peningkatan sebanyak 9.2 peratus berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya yang berjumlah RM973.16 juta.

Pengagihan pendapatan ini akan dimanfaatkan oleh seramai 899,967 pemegang unit yang sudah melanggan 1.58 bilion unit ASW 2020. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment