My Add

Wednesday 14 August 2013

Presiden Palestin minta Rami galas semula jawatan PM

RAMALLAH, RABU, 14 Ogos, 2013: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam meminta Rami Hamdallah yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Jun lalu ekoran perbalahan antara kedua-dua pemimpin berkenaan, supaya menggalas semula tugas berkenaan.

Jurucakap Mahmoud, Nabil Abu Rudeineh berkata, Rami akan diberikan masa selama lima minggu untuk membentuk kerajaan baharu.

Rami meletak jawatan pada 21 Jun lalu selepas beliau tidak bersetuju dengan keputusan Mahmoud melantik dua Timbalan Perdana Menteri. - DPA/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment