My Add

Friday 23 August 2013

Rasuah: El Salvador gantung 22 pemain bola sepak
 
SAN SALVADOR, JUMAAT, 23 Ogos, 2013: Pihak berkuasa menyerbu kediaman 11 pemain bola sepak selepas Persekutuan Bola Sepak El Salvador semalam menggantung 22 pemain kebangsaannya bagi siasatan rasuah menentukan perlawanan, termasuk pertemuan dengan Amerika Syarikat dan Mexico.

Pihak pendakwaan berkata, serbuan itu membabitkan kediaman pemain di enam bandar di negara itu.

Pendakwa Persekutuan, Luis Martinez memberitahu stesen Radio Nacional de El Salvador bahawa beberapa barangan seperti komputer, alat elektronik dan telefon pintar dirampas dalam serbuan itu.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga sedang berusaha mendapatkan kebenaran menyemak akain bank pemain yang disyaki termasuk akaun dalam dan luar negeri.

Pendakwa berkata mereka kini mempunyai bukti untuk mendakwa sekurang-kurangnya bagi tiga pertuduhan termasuk pembersihan wang haram dan memberi amaran pemain akan diheret ke mahkamah.

“Ada kemungkinan pegawai dan mereka yang berkedudukan tinggi turut terbabit. Kami akan mencari sehingga ke akar umbi," kata Martinez. - AP /BH

No comments:

Post a Comment