My Add

Monday 19 August 2013

Rumah Terbuka Aidilfitri Dr. Mahathir penuh meriah

 * ORANG ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suasana meriah menikmati juadah dalam Majlis Rumah Terbuka Dr. Mahathir Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di The Mines, Seri Kembangan, Serdang, Selangor, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, AHAD, 18 Ogos, 203: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berlangsung penuh meriah yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di The Mines, Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Kedua-duanya tiba kira-kira pukul 1.30 petang yang disambut mesra oleh Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Perdana Menteri dan isteri meluangkan masa menikmati pelbagai juadah dihidangkan sebelum meninggalkan majlis kira-kira pukul 2.25 petang.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Antara tetamu kenamaan lain yang dilihat hadir termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tidak ketinggalan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Kira-kira 20,000 pengunjung daripada pelbagai latar belakang menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri tersebut yang berlangsung mulai pukul 10 pagi hingga 5 petang  - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment