My Add

Sunday 11 August 2013

SKMM bantu polis siasathina Islam

 Mohamed Sharil
KUALA LUMPUR, SABTU, 10 Ogos, 2013: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung kad ucapan yang menghina kesucian Aidilfitri serta umat Islam.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi berkata, pihaknya akan membantu pasukan polis dari sudut mengumpul bahan bukti dan aspek teknikal.

"Sekarang PDRM yang mengetuai siasatan laporan itu dan kita hanya membantu dari segi siasatan teknikal yang diperlukan mereka," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri mengarahkan polis menyiasat laporan berhubung ucapan Aidilfitri menerusi laman sosial Facebook yang didakwa menghina umat Islam di negara ini.

Kementerian itu juga mahu polis bertindak segera dan tegas terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan yang didakwa memaparkan gambar kepala babi bersama ketupat dan lemang dalam ucapan hari raya tersebut.

Ucapan kad Aidilfitri itu berbunyi: "For malay muslim... Selamat hari raya buat semua, nikmati hidangan head roast pork with ketupat."

Menurut Mohamed Sharil, pihaknya tetap akan menyiasat perkara itu walaupun pemilik akaun Facebook berkenaan membuat laporan polis mendakwa akaun miliknya digodam individu tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, setakat ini tiada bahan bukti teknikal berhubung individu yang bertanggungjawab menggodam atau memuat naik kad ucapan kontroversi terbabit seperti didakwa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment