My Add

Sunday 11 August 2013

Tiga warga China mati ditembak di Kabul

KABUL, SABTU, 10 Ogos, 2013: Tiga warga China ditemui mati ditembak di pangsapuri mereka di ibu kota Afghanistan manakala dua rakan serumah mereka dipercayai hilang.

Polis berkata, mangsa adalah dua wanita dan seorang lelaki, ditembak lewat malam Khamis lalu, namun kematian mereka hanya dilaporkan oleh jiran, awal pagi tadi.

“Siasatan awal menunjukkan mangsa yang dipercayai pelacur dibunuh dengan senjata senyap,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Mohammad Zahir.

“Dua lelaki warga China dipercayai hilang dan kita sudah mulakan siasatan untuk mencari mereka,” katanya. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment