My Add

Tuesday 27 August 2013

TPM mahu UDA bantu usahawan bumiputera di bandar
KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) kembali mengukuhkan peranan asal penubuhan, khususnya dalam membantu usahawan bumiputera di bandar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, antara peranan utama yang perlu dilihat semula UDA ialah mengenal pasti punca dan mencari penyelesaian kepada masalah kadar sewa kedai yang mahal yang perlu ditanggung usahawan bumiputera di bandar-bandar utama.

"Saya setuju dengan saranan bahawa UDA boleh melihat fungsi dan peranannnya kembali kepada asal terutama di kawasan bandar di mana kos sewa agak tinggi, di mana sebahagian usahawan bumiputera tidak mampu untuk membeli kedai-kedai untuk berniaga.

"Jadi, mungkin peranan yang sejak dulu diserahkan kepada UDA dapat dilihat semula bagaimana ia dapat dilaksanakan dalam menyediakan peluang terutamanya kepada usahawan bumiputera terutama di kawasan bandar utama," ketika berucap pada majlis hari raya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Presiden DPMM Datuk Syed Ali Alattas. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment