My Add

Friday 16 August 2013

Usah polemikkan keputusan roboh surau - MB

KLUANG, JUMAAT, 16 Ogos, 2013: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini meminta semua pihak supaya tidak memperdebatkan keputusan merobohkan surau di sebuah resort di Sedili Besar, dekat Kota Tinggi yang digunakan untuk upacara keagamaan Buddha.

Mohamed Khaled berkata, tidak perlu timbul sebarang polemik berhubung isu berkenaan kerana kerajaan negeri menuruti keputusan yang dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Keputusan sudah dibuat. Itu adalah titah oleh Sultan Ibrahim yang merupakan ketua agama Islam negeri. Apa-apa keputusan yang baginda buat, baginda sudah mengambil pandangan dan nasihat dari semua pihak," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan dan kibar Jalur Gemilang ke-56 peringkat negeri Johor, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menyifatkan tindakan untuk merobohkan surau yang mencetuskan kontroversi itu, sebagai tidak perlu.

Menurut Mohamed Khaled, jika diteliti, surau berkenaan tidak wajar dibiarkan kerana ia bukan sahaja tidak digunakan sepanjang masa, malah arah kiblatnya jelas tersasar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment