My Add

Tuesday 13 August 2013

Wanita melecur di muka disimbah asid dilapor stabil

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Ogos, 2013: Seorang wanita yang melecur 10 peratus di mukanya akibat disimbah asid di Jalan Ampang, dekat sini Sabtu lepas dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis menemu bual mangsa di Hospital Kuala Lumpur semalam dan mendapati keadaannya stabil namun mangsa belum melakukan pembedahan mata kerana menunggu pakar mata untuk menjalani pemeriksaan.

Beliau memberitahu Bernama hari ini mangsa tidak mengenal pasti suspek yang menyimbah asid itu kerana insiden berlaku di waktu malam.

Dalam kejadian itu, wanita berusia 31 tahun itu melecur 10 peratus di mukanya termasuk mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki yang menunggang motosikal. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment