My Add

Wednesday 21 August 2013

Yazid Serach tidak raih simpati

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Ogos, 2013: Apa yang berlaku adalah salah faham. Pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahamd, 52, tidak pernah meminta simpati orang ramai kerana penyakitnya itu.

Yazid yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 10 Ogos lalu berkata, dia terkilan apabila dituduh menggunakan kesakitan dialaminya iaitu sakit buah pinggang untuk meraih simpati berbentuk kewangan daripada orang lain.

"Orang salah faham sebenarnya. Sebagai seorang pemuzik, saya banyak bergaul dengan ramai orang dan mengenali ramai orang.

"Apabila saya sakit, mereka datang untuk menziarah saya sebagai menjaga hubungan sesama rakan dan menghulurkan sumbangan. Itu sahaja, tapi orang sudah menganggap saya seperti meminta," katanya yang ditemui di wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini hari ini.

Menurut Yazid, dia boleh pulang ke rumah bila-bila masa sahaja jika ubat yang diberikan kepadanya ketika ini berkesan.

"Alhamdulillah, setakat ini kesihatan saya semakin pulih. Doktor kata saya tinggal lagi satu ubat sahaja dan jika ubat itu berkesan, saya boleh pulang ke rumah," jelasnya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment