My Add

Sunday 4 August 2013

3 peniaga diambil tindakan 

ALOR SETAR, AHAD, 04 Ogos, 2013 : Sejak pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dilancar pada 26 Julai lepas, tiga peniaga telah diambil tindakan termasuk seorang bakal dihadapkan ke mahkamah selepas didapati menjual melebihi harga siling yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata setakat 2 Ogos, pihak penguat kuasa juga mengeluarkan kompaun bernilai RM35,723 serta merampas barangan bernilai RM21,888.

"Setakat tempoh itu juga sebanyak 55,694 premis di seluruh negara telah diperiksa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat Bank Rakyat berjumlah RM140,000 kepada 700 penerima termasuk 200 anak-anak yatim dalam kawasan Parlimen Alor Setar, di sini hari ini.

Katanya di Kedah sahaja sebanyak 7,500 premis telah diperiksa sehingga semalam dan berjaya mengesan 75 kes peniaga melakukan pelbagai kesalahan.

"Saya berpuas hati kerana hasil maklum balas orang ramai banyak membantu usaha pihak berkuasa membanteras penyelewengan oleh peniaga," katanya.

Ahmad Bashah berkata, secara keseluruhan harga barangan keperluan adalah stabil dan bekalan juga didapati mencukupi setakat ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment