My Add

Tuesday, 20 August 2013

30 banduan larikan diri dari penjara di Sumatera

LABUHAN RUKU, Indonesia, ISNIN, 19 Ogos, 2013: Kira-kira 30 banduan melarikan diri dari penjara di pulau Sumatera, Indonesia semalam selepas berlakunya satu rusuhan.

“Kira-kira 30 tahanan berjaya melarikan diri," kata Ketua Penjara Labuhan Ruku, Sutopo Berutu.

Jurucakap penjara, Akbar Hari berkata, banduan melakukan serangan ke atas kakitangan penjara, selain membakar bilik pendaftaran dan pos pengawal.

“Kami masih menyiasat punca berlakunya serangan itu," katanya. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment