My Add

Friday 23 August 2013

30 NGO lapor polis penyebaran senarai kongsi gelap

KUANTAN, JUMAAT, 23 Ogos, 2013: Sebanyak 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini membuat laporan polis berhubung penyebaran senarai nama kongsi gelap melalui media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) baru-baru ini.

Penyebaran sejumlah nama kongsi gelap itu dikhuatiri tidak benar malah boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Kuantan di sini yang diketuai Naib Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Wan Emril Nizam Wan Embong bersama pemimpin NGO lain kira-kira pukul 11.30 pagi.

NGO lain terlibat adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Belia Kuantan dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kuantan.

Wan Emril ketika ditemui berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berhubung penyebaran maklumat yang boleh menimbulkan rasa tidak selamat orang ramai.

"Justeru, kami meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan maklumat tersebut," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment