My Add

Sunday 18 August 2013

300 maut keganasan baharu di Mesir

 *BEBERAPA lelaki meratapi kematian ahli keluarga mereka ketika jenazah-jenazah mangsa yang maut akibat insiden keganasan terbaharu pihak berkuasa Mesir ditempatkan di Masjid Tawhid berhampiran Dataran Ramses, Kaherah, kelmarin. - AFP
KAHERAH, SABTU, 17 Ogos, 203: Sekurang-kurangnya 300 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran terbaharu antara pasukan keselamatan Mesir dan penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi di seluruh negara ini semalam, sekali gus menjadikan angka korban meningkat hampir 3,000 orang.

Ikhwanul Muslimin melaporkan lebih 2,600 penyokongnya terbunuh dalam operasi pembersihan pihak tentera di dua kem pro-Mursi pada Rabu lalu, manakala kira-kira 300 lagi maut dalam bantahan 'Hari Kemarahan' yang diadakan semalam.

Jumlah keseluruhan tersebut termasuk mangsa yang meninggal dunia akibat cedera dan jumlah mayat yang masih belum dikumpulkan.

Sementara itu, sumber pihak keselamatan Mesir melaporkan, seramai 173 orang terbunuh dan 1,330 lagi cedera dalam keganasan semalam, menjadikan jumlah mangsa yang maut sejak Rabu lalu meningkat kepada 797 orang termasuk 46 anggota keselamatan.

Kementerian Kesihatan Mesir sebelum ini menyebut, seramai 624 orang, kebanyakannya penyokong pro-Mursi termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban apabila pasukan keselamatan menggempur dua kem bantahan di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al- Nahda di Kaherah. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment