My Add

Sunday 18 August 2013

Ikhwanul Muslimin anjur demonstrasi seminggu

 Pengikut bekas Presiden Mohammed Mursi, melaungkan slogan membantah Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi sebelum berlaku pertempuran dengan pasukan keselamatan Mesir di Dataran Ramses, Kaherah, kelmarin. - AP
KAHERAH, SABTU, 17 Ogos, 203: Pergerakan Ikhawanul Muslimin menyeru pengikutnya mengadakan demonstrasi selama seminggu di seluruh Mesir bermula hari ini.

Seruan tersebut disuarakan sehari selepas sekurang-kurangnya 300 orang terbunuh ekoran pertempuran antara penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi dan pasukan keselamatan.

Dalam kenyataannya, Ikhwanul Muslimin menyeru penyokongnya berkumpul di jalanan bagi mendesak kerajaan sementara mengembalikan kuasa Mursi dan mengecam tindakan keras tentera menangani tunjuk perasaan.

"Penentangan kami terhadap rampasan kuasa adalah satu kewajipan Islam, negara dan etika yang tidak akan kami abaikan," jelas pergerakan itu yang mendakwa tentera Mesir berkomplot untuk menjatuhkan Mursi pada bulan lalu bagi mendapatkan kuasa dalam kerajaan.

Kebanyakan negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Mesir ketika operasi pembersihan terhadap dua kem pro Mursi dilaksanakan.

Namun negara-negara Arab seperti sekutu kuat AS, Arab Saudi dan Jordan menyatakan sokongan mereka terhadap tindakan tegas kerajaan sementara yang disokong tentera itu dengan menuduh Ikhwanul Muslimin cuba menggugat kestabilan Mesir.

Raja Abdullah dalam ucapannya semalam berkata, Arab Saudi berikrar untuk terus menyokong usaha kerajaan Mesir menentang 'keganasan' dan tentera mempunyai hak yang sah untuk berbuat demikian.

Selain itu, Abdullah menggesa negara Arab dan dunia Islam mengambil pendirian sama untuk berdepan pihak yang cuba mengkucar-kacirkan Mesir.

"Mereka yang campur tangan dalam hal ehwal dalaman Mesir perlu tahu bahawa mereka yang menyebabkan hasutan dan menyokong keganasan," katanya. - REUTERS/AFP /UTUSAN

No comments:

Post a Comment