My Add

Friday 2 August 2013

47 banduan Pakistan berjaya ditahan kembali

PESHAWAR, JUMAAT, 02 Ogos, 2013: Polis Pakistan berjaya memberkas kembali 47 orang banduan yang melarikan diri dari penjara ketika berlaku serangan kumpulan militan Taliban yang menyebabkan 13 orang terbunuh, kelmarin.

Menurut jurucakap penjara, kesemua banduan itu ditahan dalam satu operasi di samping beberapa orang menyerah diri.

Mereka terdiri daripada lima tahanan wanita selain seorang konstabel polis wanita yang telah dijadikan tebusan. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment