My Add

Saturday 10 August 2013

5,000 kunjungi rumah terbuka Fadillah Yusof di Petra Jaya

KUCHING, JUMAAT, 09 Ogos, 2013: Suasana hari kedua Aidilfitri di bandar raya ini tetap meriah dengan orang ramai mengunjungi beberapa rumah terbuka yang dianjurkan pemimpin negara.

Antaranya ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Kira-kira 5,000 orang hadir pada majlis yang berlangsung di kediamannya di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya dekat sini dan menikmati pelbagai juadah seperti mi kolok, laksa Sarawak serta ABC (Air Batu Campur).

Antara pemimpin yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy
Shukri dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Tan Sri Peter Chin Fah Kui.

Fadillah yang ditemui pada majlis itu berkata, rumah terbuka yang
dianjurkan dapat menambah hubungan mesra antara pelbagai kaum di negara ini yang seterusnya membantu proses pembangunan dan kemakmuran negara.

Turut mengadakan rumah terbuka hari ini ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri,
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berbuat demikian di bangunan lama Dewan
Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya . - BERNAMA

No comments:

Post a Comment