My Add

Thursday 22 August 2013

6 juta pencarum aktif dapat lebih manfaat simpanan persaraan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Lebih daripada enam juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mendapat manfaat daripada kadar caruman KWSP yang kekal tidak berubah sehingga umur 60 tahun, inisiatif yang akan meningkatkan simpanan persaraan mereka.

Sebelum ini, mereka hanya mendapat manfaat sumbangan enam peratus daripada majikan.

"Berkuat kuasa mulai gaji Ogos 2013, pekerja yang berumur sehingga 60 tahun akan menerima caruman KWSP 12 peratus daripada majikan (atau 13 peratus untuk pekerja yang bergaji bulanan RM5,000 dan ke bawah) manakala caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, pencarum yang berumur lebih 55 tahun dan majikan mereka hanya perlu mencarum separuh daripada kadar berkanun.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Ibrahim Taib berkata perlaksanaan kadar caruman penuh sehingga umur 60 tahun ini akan membantu pencarum menambah simpanan bagi jangka panjang untuk persaraan mereka.

Beliau berkata, KWSP prihatin terhadap kecukupan simpanan persaraan pencarum memandangkan rakyat Malaysia kini mempunyai jangka hayat mencecah 75 tahun.

Sehubungan itu, kemampanan simpanan adalah penting untuk pencarum mengelakkan beban kewangan kepada keluarga mereka Ibrahim berkata KWSP telah menyemak semula Simpanan Asas ke kadar yang lebih tinggi, dengan pencarum kini perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM196,800 simpanan KWSP menjelang umur 55 (atau bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun, dari umur 55 sehingga 75).

"Kadar Simpanan Asas baharu yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 telah ditanda aras dengan pencen minimum semasa pekerja sektor awam sebanyak RM820 sebulan agar pendapatan bulanan pencarum tidak jatuh di bawah garis kemiskinan," katanya.

Berikutan semakan kadar ini, pencarum perlu mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP untuk mencapai amaun yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan mereka layak menyertai Skim Pelaburan pencarum KWSP, katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment