My Add

Thursday 22 August 2013

Jangan buat spekulasi nahas bas

Oleh ANGELINA SINYANG

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung insiden kemalangan bas mengorbankan 37 orang di Genting Highlands semalam.

Beliau berkata, tiada sesiapa boleh dipersalahkan sehingga siasatan tersebut selesai dijalankan oleh pihak berkuasa yang terlibat.

"Kerajaan juga menubuhkan pasukan bebas diketuai Tan Sri Lee Lam Thye di bawah Kementerian Pengangkutan untuk mengumpul maklumat mengenai kemalangan tersebut bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di Hospital Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment