My Add

Friday 9 August 2013

7 rumah setinggan terbakar di Sentul Pasar

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Ogos , 2013:Sekurang-kurangnya tujuh rumah setinggan di Kampung Chubadak, Sentul Pasar di sini musnah dalam satu kebakaran malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Zahari Mohamad berkata, kedudukan rumah yang sesak dan terletak berdekatan antara satu sama lain menyebabkan banyak rumah musnah kerana api marak dengan pantas.

"Kami masih belum boleh nyatakan jumlah sebenar rumah yang terbakar kerana kami sedang mengumpul pemilik rumah berkenaan kerana kebanyakannya bercuti raya di kampung masing-masing.

"Yang menjadi masalah utama adalah sumber air yang agak jauh, kita terpaksa menggunakan 'tanker' untuk mengangkut air ke mari," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.52 malam, dan anggota serta jentera bomba tiba 14 minit kemudian serta dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 40 minit.

"Kami telah menghantar lima jentera iaitu Balai Bomba Sentul, Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Setiawangsa, Balai Bomba Gombak Selatan dan Balai Bomba Sri Hartamas," katanya.

Katanya, semua mangsa yang terlibat selamat dan tiada kecederaan dilapor berlaku dalam kejadian.

"Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment