My Add

Friday 2 August 2013

900 petugas terlatih bantu jemaah wanita di Masjidilharam

 * PETUGAS wanita terlatih yang ditugaskan di Masjidilharam, boleh membantu melancarkan perjalanan ibadat umrah jemaah wanita selain memastikan masjid itu dijaga rapi. - AGENSI
MEKAH, KHAMIS, 01 Ogos, 2013: Jabatan Hal Ehwal Wanita di Masjidilharam memberi jaminan petugas wanita di jabatan itu mempunyai kelayakan untuk membantu pengunjung wanita tentang etika dan undang-undang yang perlu mereka patuhi ketika berada di tempat suci itu.

Pengarahnya, Sheikh Adel Al-Hamdan berkata, kesemua petugas wanita di jabatan tersebut bertanggungjawab memastikan kesemua bahagian untuk wanita di dalam Masjidilharam dijaga dengan rapi dan bersih.

"Sebagai contoh, beberapa petugas wanita yang ditempatkan di bahagian al-Quran di dalam tempat sembahyang wanita akan memastikan kesemua kitab suci itu tersusun dan raknya dalam keadaan bersih.

"Petugas wanita turut ditempatkan di bahagian pintu utama Masjidilharam bagi memastikan pengunjung wanita meletakkan beg mereka di dalam lokar," katanya.

Jabatan tersebut mempunyai kira-kira 900 petugas wanita yang bekerja sepenuh masa atau secara sambilan.

Kesemua petugas wanita itu akan dilatih terlebih dahulu termasuk mempelajari bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pengunjung sebelum dibenarkan bertugas di dalam Masjidilharam.

Petugas wanita itu turut ditugaskan membantu pengunjung wanita yang menggunakan kerusi roda. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment