My Add

Wednesday 21 August 2013

Anak kapal warga Iran putus ibu jari

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR

LUMUT, RABU, 21 Ogos, 2013: Seorang anak kapal dagang Majestic 6 Zanzibar putus ibu jari tangan kiri selepas tersepit pada mesin jentera ketika belayar melalui Selat Melaka, kira-kira 24 batu nautika dari Pulau Pangkor dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, mangsa, seorang warga Iran, Taghir Ibrahim, 39, dikatakan sedang melakukan kerja-kerja dalam bilik jentera kapal berkenaan.

Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah 3 Perak, Kepten Maritim Abd. Razak Johan berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada ejen perkapalan pada pukul 6 pagi ini.

"Sebuah kapal Maritim Malaysia KM Gagah dan bot Petir 80 yang sedang melaksanakan tugasan di perairan Pulau Pangkor dikerahkan untuk memberi bantuan kecemasan kepada mangsa.

"Anak kapal itu kemudian dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment