My Add

Tuesday 20 August 2013

Arab Saudi sedia bantu Mesir jika bantuan disekat

JEDDAH, SELASA, 20 Ogos, 2013: Kerajaan Arab Saudi semalam menegaskan, negara-negara Arab dan Islam akan membantu Mesir sekiranya negara Barat menyekat pakej bantuan ke Kaherah ekoran isu penindasan pihak keselamatan terhadap penunjuk perasaan pada minggu lalu.

Menteri Luar, Putera Saud al-Faisal dalam kenyataannya berkata, mana-mana negara Barat yang mengugut atau mahu menyekat bantuan ke Mesir, Arab Saudi dan negara Islam lain akan memastikan negara terbabit dibantu dengan serta-merta.

Sebelum ini, Senator Amerika Syarikat (AS), John McCain menggesa Washington untuk menggantung bantuan bernilai AS$1.3 bilion (RM3.9 bilion) kepada tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Mohammed Mursi pada 3 Julai lalu.

Dalam pada itu, menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan hubungan negara di rantau berkenaan dengan Mesir ekoran keganasan yang tercetus baru-baru ini. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment