My Add

Tuesday 20 August 2013

Menteri arah keselamatan kapal selam diperiksa

NEW DELHI, SELASA, 20 Ogos, 2013: Kementerian Pertahanan India semalam mengarahkan pihak tentera melakukan pemeriksaan keselamatan terhadap kesemua kapal selam miliknya ekoran insiden letupan sebuah kapal selam yang mengorbankan 18 anak kapal pada minggu lalu.

Menterinya, A.K. Antony berkata, pasukan penyelam tentera laut masih belum dapat mengakses sepenuhnya kapal selam buatan Rusia, INS Sindhurakshak yang tenggelam di Pelabuhan Mumbai pada minggu lalu ekoran letupan senjata dalam kapal berkenaan.

"Pemeriksaan ketat terhadap tahap keselamatan senjata akan dilakukan terhadap kesemua kapal selam yang telah ditempah oleh Tentera Laut India," katanya.

India memiliki sembilan kapal selam buatan Rusia dan empat buah lagi buatan Jerman yang dijana menggunakan kuasa diesel dan sebuah lagi kapal selam berkuasa nuklear. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment