My Add

Monday 26 August 2013

AS tunggu arahan Obama

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Ogos, 2013: Pentagon hanya menunggu arahan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Syria.

Bagaimanapun, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel, hari ini berkata, Washington masih membuat penilaian terhadap dakwaan serangan senjata kimia oleh tentera Presiden Bashar al-Assad yang didakwa menyebabkan kematian beribu-ribu penduduk awam pada minggu lepas.

Beliau berkata, tentera AS yang telah menyusun kedudukan tentera lautnya di Laut Mediterranean hanya menunggu arahan Obama untuk melancarkan serangan.

"Obama telah meminta Jabatan Pertahanan menyediakan pilihan terhadap semua hal di luar jangka dan kami telah melakukannya.

"Sekali lagi, kami bersedia untuk melaksanakan semua pilihan yang ada jika beliau (Obama) mengarahkan kami untuk melancarkan satu daripada pilihan yang ada," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam rangka lawatannya selama tiga hari di sini, sebagai sebahagian daripada lawatannya ke empat negara di Asia Tenggara.

Beliau berkata, AS dan sekutunya sedang menilai maklumat perisikan berhubung dakwaan tentera pimpinan Assad menggunakan senjata kimia dalam satu serangan di Damsyik pada minggu lalu.

"Saya enggan mengulas lanjut berhubung perkara ini sehingga kami mempunyai maklumat perisikan berdasarkan fakta," katanya.

Ditanya lebih lanjut, Hagel enggan memberikan maklumat lanjut tentang pilihan yang kini ditimbang oleh Obama, namun menegaskan sebarang senario yang diambil membawa risiko.

"Terdapat risiko dan kesan untuk sebarang pilihan yang akan diambil atau tidak diambil.

"Semua penilaian sedang dibuat. Ia akan berasaskan fakta, hasil maklumat risikan, undang-undang, isu perundangan dan sokongan antarabangsa," katanya. - AFP/REUTERS/UTUSAN   

No comments:

Post a Comment