My Add

Saturday 24 August 2013

Bandar Islamik lonjak imej UIAM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 Ogos, 2013: Bandar Islamik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menjadi satu lagi ikon yang mengangkat sejarah dan tamadun kegemilangan Islam di dunia Arab suatu ketika dahulu.

Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, projek itu juga bakal meletakkan universiti tersebut pada satu lagi tahap kecemerlangan setelah tiga dekad ditubuhkan.

"Ini adalah satu pencapaian yang bukan mudah diperoleh setelah 30 tahun UIAM wujud.

"Sudah pasti ini akan menjadi mercu tanda yang paling indah selain memperingati sejarah ketamadunan Islam yang gemilang," katanya.

Beliau berucap dalam majlis pelancaran Bandar Islamik yang bakal dibina di Kampus UIAM Gombak, dekat sini hari ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Rektor UIAM, Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin.

Rais berkata, cadangan membina Bandar Islamik itu akan dilaksana di atas tanah seluas 7.122 hektar mengandungi bangunan Pusat Islam, pusat rawatan, kediaman apartmen, pusat konvensyen, hotel, pusat beli-belah dan medan selera bercirikan seni bina Islam sepenuhnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment