My Add

Monday 26 August 2013

Banjir di Pakistan ragut 178 nyawa, 1.5 juta terjejas

ISLAMABAD, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Banjir akibat hujan lebat yang dibawa oleh monsun telah mengakibatkan 178 orang maut manakala 1.5 juta penduduk lagi terjejas sejak tiga minggu lalu.

"Sekurang-kurangnya 178 maut dan 1,503,492 terjejas kesan daripada hujan monsun yang melanda,’’ kata seorang pegawai kanan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA).

Beliau menambah, kejadian hujan lebat itu turut mencederakan 855 orang, selain memusnahkan 20,312 buah rumah daripada 5,615 perkampungan.

Dijangkakan hujan lebat akan berterusan sehingga bulan hadapan, namun pihak NDMA telah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment