My Add

Monday 26 August 2013

PBB jalankan siasatan serangan gas beracun di Syria

NEW YORK, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Pakar senjata kimia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat tapak serangan gas beracun di Syria esok bagi menjalankan siasatan awal berhubung kejadian itu.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, Syria telah berjanji untuk mematuhi gencatan senjata di tapak berkenaan yang terletak di pinggir bandar Damsyik dimana satu pasukan dari PBB akan mula 'menjalankan aktiviti mencari fakta'.

Pakar tersebut tiba di Damsyik tiga hari selepas kejadian gas beracun yang mengorbankan ratusan nyawa, disifatkan sebagai serangan kimia terburuk dalam tempoh 25 tahun. - REUTERS/UTUSAN

No comments:

Post a Comment