My Add

Sunday 25 August 2013

Bersatu perangi ajaran Syiah - Tunku Annuar

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

 *TUNKU Annuar Sultan Badlishah menyerahkan titah ucapan beliau kepada Mukhriz Tun Mahathir padaMajlis Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah penggal yang pertama di Wisma Darulaman, di Alor Setar hari ini. - UTUSAN
ALOR SETAR, AHAD, 25 Ogos, 2013: Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah hari ini menyeru agar semua pihak bersatu menangani penularan ajaran Syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Tunku Annuar turut berharap agar perkara itu tidak dipolitikkan kerana semua pihak bertanggungjawab menanganinya dan perbalahan berhubung perkara itu tidak harus timbul kerana ia sudah disepakati bersama.

Katanya, kerajaan perlu bertegas menangani penularan ajaran tersebut kerana ia ditolak oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

''Malaysia adalah sebuah negara Islam dan mengamalkan ajaran ASWJ selain daripada ajaran ini yang bercanggah dengan hukum syarak adalah dilarang. Fatwa ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

''Janganlah sekali-kali ia dipolitikkan dan saya menggesa semua pihak bersatu menangani isu ini. Tanggungjawab kita semua cukup signifikan. Sudah berlalu masa untuk berbalah berhubung perkara yang sudah disepakati bersama,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertitah di majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang Ke-13 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Turut berangkat Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah.

Hadir sama, Speaker DUN Kedah, Datuk Md. Rozai Shafian serta Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment