My Add

Wednesday 14 August 2013

Britain hantar kapal ke wilayah rebutan dengan Sepanyol

PORTSMOUTH, RABU, 14 Ogos, 2013: Britain semalam menghantar kapal perangnya, HMS Westminster untuk menyertai latihan, termasuk singgah di kepulauan Gibraltar yang menjadi rebutan antara negara itu dan Sepanyol.

Kapal frigat berkenaan berlepas dari pangkalan tentera laut di Portsmouth, selatan England bagi menyertai sembilan lagi kapal Tentera Diraja Britain sebelum menuju ke Laut Mediterranean dan Laut Teluk.

Pegawai pertahanan Britain berkata, latihan ketenteraan itu telah dirancang sejak sekian lama dan pernah diadakan dua tahun lalu.

Bagaimanapun tindakan Britain itu dijangka meningkatkan lagi ketegangan dengan Sepanyol berhubung kawasan rebutan, Gibraltar di selatan Sepanyol.

Kelmarin, kerajaan Britain mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sepanyol kerana melakukan pemeriksaan sempadan di kepulauan tersebut.

Namun Sepanyol enggan menghentikannya dengan alasan tindakan tersebut sah dan bersedia membawa isu pertikaian terbabit ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment